BANNER

Monday 31 October 2011

Tugasan TMK


Tajuk: Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai seorang guru di sekolah, jelaskan isu berikut:

Auto-hide: onKomputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran.Menurut Heinich (1996)  komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran.

Masalah yang dikenalpasti di dalam kelas:
Semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Sains tahun 6 di bawah tajuk Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan,murid-murid sukar untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru kerana konsepnya yang tidak dapat dilakukan penyiasatan langsung kerana kedudukan matahari dan bulan yang sangat jauh daripada murid-murid. 

Cara penyelesaian masalah:
  1. Guru menerangkan isi pelajaran kepada murid-murid berdasarkan buku teks yang telah dibekalkan ke sekolah-sekolah.
  2. Guru menyoal murid-murid secara lisan dan secara rawak bagi mendapatkan maklumbalas mengenai tahap kefahaman murid mengenai isi pelajaran.
  3. Guru menggunakan menggunakan perisian simulasi bagi meningkatkan tahap kefahaman murid.
  4. Sebagai pengukuhan guru menggunakan perisian permainan pendidikan mengenai tajuk yang dipelajari.
Dengan menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, ia dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan tahap kefahaman mereka mengenai isi pelajaran di samping itu, murid juga akan lebih berminat untuk belajar dengan menggunakan perisian permainan pendidikan yang digunakan. 

Thursday 13 October 2011

Mukaddimah pembuka bicara....

Assalamualaikum....
Baru mula berjinak sebagai blogger. Bak kata orang lama

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya blogger baru belajar,
Kalau salah tolong ajarkan.

Salam pembuka disini saja,
Ada kelapangan bersua kita.