BANNER

Wednesday 2 November 2011

Rancangan Pengajaran

RANCANGAN HARIAN BAHASA MELAYU
TAHUN DUA



MATA PELAJARAN : Bahasa Melayu
KELAS :                   Tahun  Dua Bestari
TARIKH :                  13.10.2011
HARI :                      Khamis
MASA :                    8.15 am – 8.45 am


Tajuk:
                        
Flora Dan Fauna.

Catatan

Kem. / Objektif:

F.U.(Membaca)
 5.2 Aras 1(i) Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca (membaca teks sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar)

F.S. (Mendengar Dan Bertutur)
1.2 Aras 2 (ii) Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila ( menjawab soalan secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan yang sesuai )

 F.S. ( Menulis )
8.1 Aras 1 (i) Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk (menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan yang cantik ) 

Nota:
F.U- Fokus Utama

F.S – Fokus 
Sampingan.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa : Ayat tunggal dan Ayat Majmuk.



Pengetahuan Ilmu:

i)             Pend. Alam Sekitar.
ii)            Sains.


KBT:

- Kem. Berfikir.
- Kem. menghubungkait
- Kecerdasan Pelbagai – Verbal-lin guistik.


Aktiviti:

Set Induksi:
           - Guru meminta murid meneka objek yang terdapat di dalam ‘kotak ajaib’ yang di tunjukkan.
          - Berbagai jawapan murid akan di terima. Kemudian guru mengeluarkan objek tersebut yang merupakan gambar seekor lembu dan setangkai bunga anggerik 

Langkah 1:
            -      Guru dan murid berbincang mengenai kepentingan flora dan fauna kepada kita. (kegunaan lembu dan bunga anggerik kepada manusia) serta menunjukkan contoh-contoh gambar flora dan fauna.

Langkah 2:
     -  Guru menayangkan slide yang mengandungi      Pantun Teka Teki di hadapan kelas.

*      Murid membaca pantun tersebut secara kelas dan individu dengan bimbingan guru.

Langkah 3:
a)    Murid menjawab pantun teka teki yang di pelajari dengan meletakkan gambar jawapan di tempat yang sesuai.
.
Langkah 4:
a)    Murid menjawab latihan bertulis dalam lembaran kerja yang diedarkan oleh guru

Penutup:
Guru merumuskan bahawa flora dan fauna merupakan khazanah alam kita dan mesti dipelihara untuk tatapan generasi  akan datang.





3 minit




7  minit







8 minit



5 minit



5 minit



2  minit

BBM


       ·         Kad-kad gambar
       ·         Kotak
       ·         Manila kad.
       ·         Lembaran kerja. 
       ·         Buku bergambar.



Impak:
 10 daripada 12 orang murid menguasai pelajaran yang diajar pada hari ini.


Pantun teka teki yang digunakan:



FLORA DAN FAUNA    
                              

Ada sejenis haiwan perkasa,
Badannya besar bagai gergasi,
Kepada manusia banyak berjasa,
Menarik balak gagah sekali


Indah berkembang di Taman Sari,
Cantik dihias sebagai jambangan,
Tangkainya panjang penuh berduri,
Baunya harum tiada bandingan.

Negara Afrika tempat asalnya,
Berbadan belang hitam dan putih,
Rumput nan hijau kegemarannya,
Kuat berlari tidak kenal letih.

Merah bunganya tidak terperi,
Mekar kembangnya tidak terkata,
Di halaman rumah jadi penyeri,
Lambang tradisi Negara tercinta.

No comments:

Post a Comment